Tuesday, 14 December 2010

damn : buaya terdampar di Teluk Cempedak






Buaya Tembaga terdampar di Pantai Teluk Chempedak


2010/12/14

KUANTAN: Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak di sini malam tadi digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram. 

Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Mohamad Irwanis Seni, berkata seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.
Beliau berkata, pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu.
"Buaya sepanjang tiga meter itu tidak terlalu agresif ketika ditangkap," katanya di sini, hari ini. 

Katanya, reptilia berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malam tadi. 

Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff, berkata reptilia itu telah dilepaskan ke habitat semulajadinya pagi ini. 

"Pengunjung Pantai Teluk Chempedak tidak perlu risau dengan penemuan buaya berkenaan kerana pantai berkenaan bukan tempat haiwan itu bermain," katanya. 
Khairiah berkata, buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan. - 


sumber: BERITA HARUAN eh HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...